Friday, July 3, 2009

Renungan Bersama

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG ===================================================
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
---------------------------------------------------
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:- 1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada. 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan memba kar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
-----------------------------------------
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

PEMINUM ARAK
-------------------------
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA
-----------------------------------
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
-------------------------------------------
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG
------------------------
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
---------------------
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut. Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.
----------------------------------------------------
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ing kar . Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. Wallahua'lam.

Sunday, June 28, 2009

Penemuan Menarik

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya. Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.

Menangani selesema babi

Oleh Jami’ah Shukri
jamia@bharian.com.my / 29.06.2009KES wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara kita semakin membimbangkan. Sehingga semalam, 124 kes dilaporkan, termasuk 12 lagi kes baru, membabitkan 11 kes import dan satu kes jangkitan tempatan. Disebabkan wabak itu, beberapa sekolah terpaksa ditutup seminggu. Malah, beberapa pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam turut dikuarantin selama seminggu, bagi memastikan ia bebas daripada wabak H1N1. Apa juga natijahnya, wabak ini tidak perlu dipandang remeh. Ketika ini, penyakit berkenaan masih belum dianggap ke tahap serius di Malaysia sehingga memaksa pengisytiharan darurat. Namun, sebagai langkah berwaspada, kerjasama rakyat di seluruh negara amat diperlukan serta seharusnya lebih prihatin terhadap simptom penyakit.Virus Influenza A H1N1 sudah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 11 Jun lalu sebagai wabak pandemik atau berada pada tahap 6. Ini secara tidak langsung amat membimbangkan kita, terutama ia mudah merebak dengan pengangkutan udara. Fasa pandemik sesungguhnya sudah merebak secara berleluasa ke seluruh dunia. Jika dilihat keseluruhan kes ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Laporan terkini WHO memaklumkan, sehingga Jumaat lalu jumlah terkumpul kes H1N1 ialah sebanyak 59,814 kes dengan 288 kematian membabitkan lebih 100 negara. Negara yang dilaporkan mencatat kes tertinggi ialah Amerika Syarikat iaitu (21, 449); Mexico (8,279), Chile (5,186), Kanada (6,732) dan Australia (3,280).Perkara utama perlu diketahui masyarakat ialah penyakit itu adalah disebabkan jangkitan virus secara langsung daripada babi yang dijangkiti kepada manusia dan mula dikesan di Mexico pada April lalu. Bagaimanapun, sehingga ini, WHO belum mengeluarkan sebarang larangan melancong ke negara terbabit, sekadar meminta mereka menimbang dengan teliti mengenai risiko berkunjung ke negara yang dijangkiti H1N1. Perlu diingat, jangkitan manusia ke manusia boleh berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat Influenza A H1N1 seperti air liur yang terpercik ketika bercakap, cecair mulut dan hidung ketika batuk dan bersin terkena terus kepada orang di sekeliling mereka. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku apabila kita tersentuh bahan yang tercemar dengan virus seperti kertas tisu.Bagi orang ramai yang mendapat demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa perlu mendapatkan rawatan segera ke pusat kesihatan kerana dikhuatiri mengandungi simptom jangkitan Influenza A H1N1. Dalam kes lebih serius, ia boleh menyebabkan radang paru-paru yang boleh membawa kepada kematian. Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican meminta orang ramai menangguhkan perjalanan ke negara yang dilanda wabak kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan H1N1, sama ada ketika berada di negara berkenaan atau di dalam pesawat. “Ini bukan saja akan menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain, malah anda dan keluarga akan dikuarantin jika terbabit dengan kes yang disahkan positif,” katanya. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz, pula berkata pihaknya yang menjadi Urus Setia Jawatan Pengurusan Bantuan Bencana Pusat adalah sebagai platform untuk menyelaraskan sebarang perkara secara bersepadu dengan agensi lain yang membabitkan isu keselamatan. Justeru, dalam kes H1N1 ini, pembabitan MKN juga dianggap penting untuk memastikan wabak penyakit itu dapat dikawal supaya tidak terus menular sehingga menjejaskan keselamatan negara. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan empat mesyuarat berkaitan H1N1 dan mesyuarat akan terus diadakan dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga. “Setakat ini, wabak berkenaan masih terkawal dan orang ramai tidak perlu panik. Pelbagai langkah dan pelan tindakan sudah diambil kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dengan pencegahan dan pemantauan ketat. “Walaupun ia belum mencapai tahap serius, tindakan berwaspada perlu diambil. Setakat ini, Malaysia mampu menangani isu itu. Tidak perlu lagi atau timbul isu kita wajar mengisytiharkan darurat. Situasi negara masih jauh untuk mencapai ke tahap itu,” katanya. Bagaimanapun, MKN tetap bersiap sedia dan segala tindakan juga tertakluk kepada arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, Muhammad Hatta menasihatkan orang ramai sentiasa bekerjasama dengan mematuhi arahan dan memahami isu wabak itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kemungkinan penyebaran yang semakin serius pada masa depan.

Sunday, June 21, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Monday, June 1, 2009

Faktor pencetus histeria

Oleh Muhd Izawan Baharinizawan@hmetro.com.my
BEBERAPA bulan lalu, media kerap melaporkan kejadian histeria yang menyerang puluhan pelajar sekolah sehingga mengundang pelbagai andaian terhadap apa yang berlaku.Berdasarkan laporan akhbar, kejadian terbaru berlaku pada 3 Mei lalu di Kemaman, Terengganu, apabila sepuluh pemain bola jaring mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu menyertai Kejohanan Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu 2009 diserang histeria selepas tamat perlawanan jam 6.30 petang.Histeria paling banyak dilaporkan berlaku di sekolah malah jumlah mereka yang terbabit boleh mencecah puluhan orang sehingga mencetuskan suasana panik.Apatah lagi, apabila mangsa bukan saja menangis, menjerit atau melolong, tetapi bertindak agresif menumbuk dan menendang orang di sekeliling yang cuba menolong.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, histeria bermaksud penyakit urat saraf yang terjadi apabila letusan emosi tidak dapat dikawal atau kegembiraan atau ketakutan tidak terkawal.
Ada juga yang menganggap ia disebabkan rasukan makhluk halus yang berang selepas tempat mereka diceroboh kerana dalam sesetengah kes, mangsa mendakwa melihat bayangan mengerikan sebelum hilang kawalan.Tetapi tidak kurang juga yang melihat ia lebih kepada tekanan perasaan dan lemah semangat ketika saat penting seperti minggu terakhir sebelum menghadapi peperiksaan.Namun apa jua andaian, pencetus kejadian histeria masih menjadi tanda tanya kerana ia seolah-olah boleh ‘berjangkit’ kepada orang lain, malah mangsa sendiri tidak jelas dengan punca ia berlaku.Tanpa menafikan masalah berkaitan psikologi, pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Haikal Hayat di Gombak, Selangor, Mohammad Nuri Bahsan, berkata makhluk halus seperti jin dan syaitan mempunyai pengaruh sebagai pencetus histeria.Beliau menegaskan kewujudan makhluk ghaib tidak boleh dinafikan kerana ia jelas disebut dalam al-Quran dan hadis.“Histeria berlaku apabila seseorang itu lemah dari sudut iman dan fizikal menyebabkan dia mudah dipengaruhi makhluk halus, namun ada kalanya ia juga berpunca daripada tekanan perasaan menyebabkan mangsa mengalami halusinasi,” katanya.Kadangkala, Mohammad Nuri berkata, histeria bukan disebabkan makhluk ghaib tetapi mangsa ‘selesa’ berkelakuan seperti dirasuk atas beberapa faktor.“Saya pernah berpengalaman mengubati pesakit yang diserang histeria bertahun lamanya dan memang kami sudah menghalau ‘benda’ yang mengganggunya, namun pada masa tertentu dia masih seperti kerasukan.“Saya pasti ia disebabkan masalah jiwa dan mungkin ia berlaku kerana pesakit itu rasa ‘selesa’ apabila dijaga baik keluarga apabila dia berada dalam keadaan sebegitu,” katanya.Masuk tempat yang tidak diduduki manusia seperti hutan dan pesakit sudah ada gangguan seperti saka atau disihir turut menjadi penyebab histeria, tetapi tekanan perasaan dan lemah semangat juga antara sebab diserang.Berbeza dari sudut psikiatri, histeria sebenarnya adalah gambaran keadaan minda seseorang menyebabkan dia hilang kawalan dan dimanifestasikan melalui kelakuan seperti menjerit-jerit, meracau, terlalu emosi dan pengsan.Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Hazlin Lockman, menjelaskan dari sudut sejarah perkataan histeria berasal dari bahasa Greek, 'hystericos'. Pada masa itu penyakit berkenaan dikatakan cuma berlaku kepada golongan wanita disebabkan bahagian rahim tidak berfungsi dengan betul. “Pada masa itu pelbagai pendapat mengenai punca penyakit berkenaan yang kebanyakannya dipengaruhi ajaran dan fahaman kepercayaan karut serta mistik. “Sehinggalah akhir abad ke-19, seorang pakar psikoanalisis, Sigmund Freud, melakukan banyak kajian ke atas wanita yang mengalami histeria dan memberi pandangannya dari segi saintifik iaitu ‘disassociation of consciousness’ bermaksud keadaan minda seseorang membuat dia tidak sedar persekitarannya. “Sehingga kini, sesetengah psikoanalisis menggunakan cara rawatan histeria mengikut teori ini. Perkataan histeria di dalam diagnosis psikiatri sudah tidak digunakan lagi dan digantikan dengan perkataan seperti Conversion Disorder atau Somatization Disorder mengikut kategori diagnosis daripada American Psychiatrist Association,” katanya.Beliau selanjutnya menjelaskan 'mass hysteria' atau histeria yang terjadi kepada sekumpulan orang berdekatan dengan mangsa berpunca daripada faktor psikososial seperti tekanan di kalangan pekerja baru berpindah dari satu tempat atau pelajar memulakan pengajian di tempat lain atau sebab lain yang mendatangkan tekanan kepada seseorang. “Apabila seseorang itu mengalami tekanan, dia dengan sendirinya berkelakuan ganjil secara tiba-tiba dan apabila orang berdekatan mempercayai perkara ganjil ini, dengan tiba-tiba dia dengan sendirinya akan mengikut berkelakuan ganjil. Ini yang dikatakan ‘jangkitan histeria’ atau mass hysteria itu,” katanya. Dr Hazlin berkata, selain faktor psikososial, histeria juga berpunca daripada kepercayaan karut dan mistik yang boleh mempengaruhi fikiran seseorang terutama apabila ia disensasikan media. “Kepercayaan ini juga mempengaruhi pemikiran orang lain atau yang berdekatan dengan tempat itu sehingga menyebabkan lebih ramai lagi terkena ‘jangkitan histeria’ ini.“Di Barat pada 1938, satu siaran radio mengenai cerita 'War of the Worlds' hasil karya HG Wells disiarkan untuk sambutan Halloween sehingga menjadi situasi panik atau histeria di kalangan pendengar yang betul-betul mempercayai wujudnya penjajahan makhluk asing ke atas dunia,” katanya. Perkara itu juga menyebabkan 'mass hysteria' membabitkan ramai orang sehingga ada yang percaya bahawa mereka melihat sinaran dari langit dan bermacam-macam lagi perkara aneh. Walaupun pihak penyiaran meminta maaf, tetapi nasi sudah menjadi bubur kerana orang ramai masih tidak boleh melupakan siaran itu.Tetapi persoalan lain timbul, kenapa dalam kejadian histeria kebanyakan kes hanya membabitkan wanita?Dr Hazlin menjelaskan secara teori dan mungkin mengikut ajaran agama, memang golongan wanita ada kelemahan seperti apa yang diketahui secara saintifik, wanita lebih emosional dan sesetengah penyakit mental cuma berlaku kepada mereka. “Contohnya, post partum psychosis atau gila meroyan dan ini mungkin ada kaitan dengan hormon yang ada dalam tubuh wanita. Jika seseorang wanita menderita lebih lama, kemungkinan besar dia mempunyai masalah mental lebih dalam, tetapi tidak berapa ketara secara luarannya,” katanya. Mengikut istilah kebanyakan pengamal perubatan tradisional, histeria dikatakan berpunca daripada gangguan makhluk ghaib, tetapi disanggah dari sudut saintifik yang lebih kepada fakta daripada mitos.“Memang budaya kita atau mereka yang berasal dari rantau ini, perubatan tradisional adalah tempat pertama dituju untuk rawatan histeria, tetapi saya lebih cenderung kepada fakta malah saya berpendapat media memainkan peranan penting untuk memberi gambaran sebenar dan tidak mensensasikan cerita mistik atau kepercayaan orang,” kata Dr Hazlin. Beliau seterusnya berkata, jika berlaku histeria, perkara utama ialah jangan jadikan ia satu cerita sensasi kerana akan mengiyakan perkara dikatakan karut atau mistik itu. “Histeria tidak akan berjangkit jika tidak mempengaruhi fikiran seseorang. Mereka yang dikatakan terkena histeria cuma perlu berehat dan jika betul mengalami tekanan, kaunseling perlu diberikan. “Sesetengahnya jika ada tanda penyakit mental seperti kemurungan, mereka perlu dirujuk kepada pakar psikiatri,” katanya.

Thursday, May 28, 2009

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..

"WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wednesday, May 27, 2009

OSH In School as Early as 1980?








Sebenarnya dulu semuanya telah ada!

(Awal tahun 2000an, ada Menteri Pelajaran mensisipkan topik Persekitaran (environment) dalam mata pelajar sedia ada. Pertengahan 2000an diperkenalkan OSH in School. Tahun lepas diwar-warkan pula subjek Keselamatan Jalan Raya.)Pertengahan 2008 seorang pelajar politeknik mati terkambus di tapak binaan di Changlung. Semasa aku kerja di beberapa kilang dahulu dan kebetulan hampir semua kilang itu aku ditugaskan menjaga pelajar-pelajar yang buat pratikal ini. Setiap batch pelajar yang buat pratikal ini ada sahaja yang berkemalangan. Kalau tak kemalangan di dalam kilang, mereka akan kemalangan di jalan raya.Setelah berada di dalam bidang akademik (universiti) ini baru aku sedar, subjek keselamatan (OSH) hanya diajar sebagai elektif (pilihan) dan biasanya hanya diajar pada tahun-tahun terakhir. Manakala pelajar yang akan buat pratikal ada yang menjalaninya sebelum mereka mempelajari su bjek OSH ini.Politeknik mulai tahun ini khabarnya sudah mula membuat pendekatan baru dengan mewajibkan pelajar-pelajar kejuruteraan mereka menjalani kursus OSH CIDB sebelum menjalani latihan pratikal ini.Bagaimanapun email yang aku terima pagi tadi menyedarkan aku rupa-rupanya subjek OSH ini telahpun bermula seawal 80an dan mungkin lebih awal dari itu.

Sunday, May 24, 2009

Renungan

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telahbersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknyamelakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman merekainilah kiamat akan datang.'
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg...

3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian & penyanyi²wanita'
- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,Anugerah Muzik..

4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusiabermegahan dalam mendirikan masjid'
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyakperbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.'
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambilorang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yangtinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yangberiman yang diapit oleh 2 orang mulia'
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, ArielSharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yangdikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamatialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada oranglain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapihakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telahhampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamudengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'

- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

Sunday, April 12, 2009

Sunday, April 5, 2009