Sunday, June 28, 2009

Penemuan Menarik

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya. Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.

Menangani selesema babi

Oleh Jami’ah Shukri
jamia@bharian.com.my / 29.06.2009KES wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara kita semakin membimbangkan. Sehingga semalam, 124 kes dilaporkan, termasuk 12 lagi kes baru, membabitkan 11 kes import dan satu kes jangkitan tempatan. Disebabkan wabak itu, beberapa sekolah terpaksa ditutup seminggu. Malah, beberapa pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam turut dikuarantin selama seminggu, bagi memastikan ia bebas daripada wabak H1N1. Apa juga natijahnya, wabak ini tidak perlu dipandang remeh. Ketika ini, penyakit berkenaan masih belum dianggap ke tahap serius di Malaysia sehingga memaksa pengisytiharan darurat. Namun, sebagai langkah berwaspada, kerjasama rakyat di seluruh negara amat diperlukan serta seharusnya lebih prihatin terhadap simptom penyakit.Virus Influenza A H1N1 sudah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 11 Jun lalu sebagai wabak pandemik atau berada pada tahap 6. Ini secara tidak langsung amat membimbangkan kita, terutama ia mudah merebak dengan pengangkutan udara. Fasa pandemik sesungguhnya sudah merebak secara berleluasa ke seluruh dunia. Jika dilihat keseluruhan kes ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Laporan terkini WHO memaklumkan, sehingga Jumaat lalu jumlah terkumpul kes H1N1 ialah sebanyak 59,814 kes dengan 288 kematian membabitkan lebih 100 negara. Negara yang dilaporkan mencatat kes tertinggi ialah Amerika Syarikat iaitu (21, 449); Mexico (8,279), Chile (5,186), Kanada (6,732) dan Australia (3,280).Perkara utama perlu diketahui masyarakat ialah penyakit itu adalah disebabkan jangkitan virus secara langsung daripada babi yang dijangkiti kepada manusia dan mula dikesan di Mexico pada April lalu. Bagaimanapun, sehingga ini, WHO belum mengeluarkan sebarang larangan melancong ke negara terbabit, sekadar meminta mereka menimbang dengan teliti mengenai risiko berkunjung ke negara yang dijangkiti H1N1. Perlu diingat, jangkitan manusia ke manusia boleh berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat Influenza A H1N1 seperti air liur yang terpercik ketika bercakap, cecair mulut dan hidung ketika batuk dan bersin terkena terus kepada orang di sekeliling mereka. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku apabila kita tersentuh bahan yang tercemar dengan virus seperti kertas tisu.Bagi orang ramai yang mendapat demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa perlu mendapatkan rawatan segera ke pusat kesihatan kerana dikhuatiri mengandungi simptom jangkitan Influenza A H1N1. Dalam kes lebih serius, ia boleh menyebabkan radang paru-paru yang boleh membawa kepada kematian. Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican meminta orang ramai menangguhkan perjalanan ke negara yang dilanda wabak kecuali jika betul-betul tidak dapat dielakkan. Perjalanan ke luar negara yang dilanda wabak boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan H1N1, sama ada ketika berada di negara berkenaan atau di dalam pesawat. “Ini bukan saja akan menyebabkan anda jatuh sakit dan terpaksa dirawat di negara lain, malah anda dan keluarga akan dikuarantin jika terbabit dengan kes yang disahkan positif,” katanya. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhammad Hatta Ab Aziz, pula berkata pihaknya yang menjadi Urus Setia Jawatan Pengurusan Bantuan Bencana Pusat adalah sebagai platform untuk menyelaraskan sebarang perkara secara bersepadu dengan agensi lain yang membabitkan isu keselamatan. Justeru, dalam kes H1N1 ini, pembabitan MKN juga dianggap penting untuk memastikan wabak penyakit itu dapat dikawal supaya tidak terus menular sehingga menjejaskan keselamatan negara. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan empat mesyuarat berkaitan H1N1 dan mesyuarat akan terus diadakan dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga. “Setakat ini, wabak berkenaan masih terkawal dan orang ramai tidak perlu panik. Pelbagai langkah dan pelan tindakan sudah diambil kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dengan pencegahan dan pemantauan ketat. “Walaupun ia belum mencapai tahap serius, tindakan berwaspada perlu diambil. Setakat ini, Malaysia mampu menangani isu itu. Tidak perlu lagi atau timbul isu kita wajar mengisytiharkan darurat. Situasi negara masih jauh untuk mencapai ke tahap itu,” katanya. Bagaimanapun, MKN tetap bersiap sedia dan segala tindakan juga tertakluk kepada arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, Muhammad Hatta menasihatkan orang ramai sentiasa bekerjasama dengan mematuhi arahan dan memahami isu wabak itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kemungkinan penyebaran yang semakin serius pada masa depan.

Sunday, June 21, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Monday, June 1, 2009

Faktor pencetus histeria

Oleh Muhd Izawan Baharinizawan@hmetro.com.my
BEBERAPA bulan lalu, media kerap melaporkan kejadian histeria yang menyerang puluhan pelajar sekolah sehingga mengundang pelbagai andaian terhadap apa yang berlaku.Berdasarkan laporan akhbar, kejadian terbaru berlaku pada 3 Mei lalu di Kemaman, Terengganu, apabila sepuluh pemain bola jaring mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu menyertai Kejohanan Sukan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Terengganu 2009 diserang histeria selepas tamat perlawanan jam 6.30 petang.Histeria paling banyak dilaporkan berlaku di sekolah malah jumlah mereka yang terbabit boleh mencecah puluhan orang sehingga mencetuskan suasana panik.Apatah lagi, apabila mangsa bukan saja menangis, menjerit atau melolong, tetapi bertindak agresif menumbuk dan menendang orang di sekeliling yang cuba menolong.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, histeria bermaksud penyakit urat saraf yang terjadi apabila letusan emosi tidak dapat dikawal atau kegembiraan atau ketakutan tidak terkawal.
Ada juga yang menganggap ia disebabkan rasukan makhluk halus yang berang selepas tempat mereka diceroboh kerana dalam sesetengah kes, mangsa mendakwa melihat bayangan mengerikan sebelum hilang kawalan.Tetapi tidak kurang juga yang melihat ia lebih kepada tekanan perasaan dan lemah semangat ketika saat penting seperti minggu terakhir sebelum menghadapi peperiksaan.Namun apa jua andaian, pencetus kejadian histeria masih menjadi tanda tanya kerana ia seolah-olah boleh ‘berjangkit’ kepada orang lain, malah mangsa sendiri tidak jelas dengan punca ia berlaku.Tanpa menafikan masalah berkaitan psikologi, pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Haikal Hayat di Gombak, Selangor, Mohammad Nuri Bahsan, berkata makhluk halus seperti jin dan syaitan mempunyai pengaruh sebagai pencetus histeria.Beliau menegaskan kewujudan makhluk ghaib tidak boleh dinafikan kerana ia jelas disebut dalam al-Quran dan hadis.“Histeria berlaku apabila seseorang itu lemah dari sudut iman dan fizikal menyebabkan dia mudah dipengaruhi makhluk halus, namun ada kalanya ia juga berpunca daripada tekanan perasaan menyebabkan mangsa mengalami halusinasi,” katanya.Kadangkala, Mohammad Nuri berkata, histeria bukan disebabkan makhluk ghaib tetapi mangsa ‘selesa’ berkelakuan seperti dirasuk atas beberapa faktor.“Saya pernah berpengalaman mengubati pesakit yang diserang histeria bertahun lamanya dan memang kami sudah menghalau ‘benda’ yang mengganggunya, namun pada masa tertentu dia masih seperti kerasukan.“Saya pasti ia disebabkan masalah jiwa dan mungkin ia berlaku kerana pesakit itu rasa ‘selesa’ apabila dijaga baik keluarga apabila dia berada dalam keadaan sebegitu,” katanya.Masuk tempat yang tidak diduduki manusia seperti hutan dan pesakit sudah ada gangguan seperti saka atau disihir turut menjadi penyebab histeria, tetapi tekanan perasaan dan lemah semangat juga antara sebab diserang.Berbeza dari sudut psikiatri, histeria sebenarnya adalah gambaran keadaan minda seseorang menyebabkan dia hilang kawalan dan dimanifestasikan melalui kelakuan seperti menjerit-jerit, meracau, terlalu emosi dan pengsan.Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Hazlin Lockman, menjelaskan dari sudut sejarah perkataan histeria berasal dari bahasa Greek, 'hystericos'. Pada masa itu penyakit berkenaan dikatakan cuma berlaku kepada golongan wanita disebabkan bahagian rahim tidak berfungsi dengan betul. “Pada masa itu pelbagai pendapat mengenai punca penyakit berkenaan yang kebanyakannya dipengaruhi ajaran dan fahaman kepercayaan karut serta mistik. “Sehinggalah akhir abad ke-19, seorang pakar psikoanalisis, Sigmund Freud, melakukan banyak kajian ke atas wanita yang mengalami histeria dan memberi pandangannya dari segi saintifik iaitu ‘disassociation of consciousness’ bermaksud keadaan minda seseorang membuat dia tidak sedar persekitarannya. “Sehingga kini, sesetengah psikoanalisis menggunakan cara rawatan histeria mengikut teori ini. Perkataan histeria di dalam diagnosis psikiatri sudah tidak digunakan lagi dan digantikan dengan perkataan seperti Conversion Disorder atau Somatization Disorder mengikut kategori diagnosis daripada American Psychiatrist Association,” katanya.Beliau selanjutnya menjelaskan 'mass hysteria' atau histeria yang terjadi kepada sekumpulan orang berdekatan dengan mangsa berpunca daripada faktor psikososial seperti tekanan di kalangan pekerja baru berpindah dari satu tempat atau pelajar memulakan pengajian di tempat lain atau sebab lain yang mendatangkan tekanan kepada seseorang. “Apabila seseorang itu mengalami tekanan, dia dengan sendirinya berkelakuan ganjil secara tiba-tiba dan apabila orang berdekatan mempercayai perkara ganjil ini, dengan tiba-tiba dia dengan sendirinya akan mengikut berkelakuan ganjil. Ini yang dikatakan ‘jangkitan histeria’ atau mass hysteria itu,” katanya. Dr Hazlin berkata, selain faktor psikososial, histeria juga berpunca daripada kepercayaan karut dan mistik yang boleh mempengaruhi fikiran seseorang terutama apabila ia disensasikan media. “Kepercayaan ini juga mempengaruhi pemikiran orang lain atau yang berdekatan dengan tempat itu sehingga menyebabkan lebih ramai lagi terkena ‘jangkitan histeria’ ini.“Di Barat pada 1938, satu siaran radio mengenai cerita 'War of the Worlds' hasil karya HG Wells disiarkan untuk sambutan Halloween sehingga menjadi situasi panik atau histeria di kalangan pendengar yang betul-betul mempercayai wujudnya penjajahan makhluk asing ke atas dunia,” katanya. Perkara itu juga menyebabkan 'mass hysteria' membabitkan ramai orang sehingga ada yang percaya bahawa mereka melihat sinaran dari langit dan bermacam-macam lagi perkara aneh. Walaupun pihak penyiaran meminta maaf, tetapi nasi sudah menjadi bubur kerana orang ramai masih tidak boleh melupakan siaran itu.Tetapi persoalan lain timbul, kenapa dalam kejadian histeria kebanyakan kes hanya membabitkan wanita?Dr Hazlin menjelaskan secara teori dan mungkin mengikut ajaran agama, memang golongan wanita ada kelemahan seperti apa yang diketahui secara saintifik, wanita lebih emosional dan sesetengah penyakit mental cuma berlaku kepada mereka. “Contohnya, post partum psychosis atau gila meroyan dan ini mungkin ada kaitan dengan hormon yang ada dalam tubuh wanita. Jika seseorang wanita menderita lebih lama, kemungkinan besar dia mempunyai masalah mental lebih dalam, tetapi tidak berapa ketara secara luarannya,” katanya. Mengikut istilah kebanyakan pengamal perubatan tradisional, histeria dikatakan berpunca daripada gangguan makhluk ghaib, tetapi disanggah dari sudut saintifik yang lebih kepada fakta daripada mitos.“Memang budaya kita atau mereka yang berasal dari rantau ini, perubatan tradisional adalah tempat pertama dituju untuk rawatan histeria, tetapi saya lebih cenderung kepada fakta malah saya berpendapat media memainkan peranan penting untuk memberi gambaran sebenar dan tidak mensensasikan cerita mistik atau kepercayaan orang,” kata Dr Hazlin. Beliau seterusnya berkata, jika berlaku histeria, perkara utama ialah jangan jadikan ia satu cerita sensasi kerana akan mengiyakan perkara dikatakan karut atau mistik itu. “Histeria tidak akan berjangkit jika tidak mempengaruhi fikiran seseorang. Mereka yang dikatakan terkena histeria cuma perlu berehat dan jika betul mengalami tekanan, kaunseling perlu diberikan. “Sesetengahnya jika ada tanda penyakit mental seperti kemurungan, mereka perlu dirujuk kepada pakar psikiatri,” katanya.