Thursday, May 28, 2009

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..

"WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Wednesday, May 27, 2009

OSH In School as Early as 1980?








Sebenarnya dulu semuanya telah ada!

(Awal tahun 2000an, ada Menteri Pelajaran mensisipkan topik Persekitaran (environment) dalam mata pelajar sedia ada. Pertengahan 2000an diperkenalkan OSH in School. Tahun lepas diwar-warkan pula subjek Keselamatan Jalan Raya.)Pertengahan 2008 seorang pelajar politeknik mati terkambus di tapak binaan di Changlung. Semasa aku kerja di beberapa kilang dahulu dan kebetulan hampir semua kilang itu aku ditugaskan menjaga pelajar-pelajar yang buat pratikal ini. Setiap batch pelajar yang buat pratikal ini ada sahaja yang berkemalangan. Kalau tak kemalangan di dalam kilang, mereka akan kemalangan di jalan raya.Setelah berada di dalam bidang akademik (universiti) ini baru aku sedar, subjek keselamatan (OSH) hanya diajar sebagai elektif (pilihan) dan biasanya hanya diajar pada tahun-tahun terakhir. Manakala pelajar yang akan buat pratikal ada yang menjalaninya sebelum mereka mempelajari su bjek OSH ini.Politeknik mulai tahun ini khabarnya sudah mula membuat pendekatan baru dengan mewajibkan pelajar-pelajar kejuruteraan mereka menjalani kursus OSH CIDB sebelum menjalani latihan pratikal ini.Bagaimanapun email yang aku terima pagi tadi menyedarkan aku rupa-rupanya subjek OSH ini telahpun bermula seawal 80an dan mungkin lebih awal dari itu.

Sunday, May 24, 2009

Renungan

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telahbersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknyamelakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman merekainilah kiamat akan datang.'
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg...

3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian & penyanyi²wanita'
- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,Anugerah Muzik..

4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusiabermegahan dalam mendirikan masjid'
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyakperbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.'
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambilorang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yangtinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yangberiman yang diapit oleh 2 orang mulia'
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, ArielSharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yangdikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamatialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada oranglain kecuali yang dikenalnya saja.'
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapihakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telahhampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamudengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'

- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'